Assalamualaikum..
pic cilok dari pakcik google
Rasa-rasanya ramai nak taw kalo menguap perlu tutup mulut ke tak kan.. mesti masa kecik - kecik dulu mak kita suma ade pesan kalo menguap mesti tutup mulut kalo tak nanti masuk syaitan.. hikhik.. kita yang time kecik - kecik tak taw pape ikut jela cakap orang tua kan.. tapi bila dah besar rasanya ramai yang menguap tak tutup mulut. kadang ade yang menguap time tengah buat kerja so memang xsempat nak tutup mulut yang tengah menguap kan..
kalau korang perasan kadang2 menguap tu boleh berjangkit. yela kalau kita tengok orang lain menguap, kita pun akan tiru skali nak menguap kan. mengikut teori barat, otak akan memproses informasi dan menyalurkannya ke 'brain circuitry' dalam bahasa saintifiknya "mirror- neuron system" yang seterusnya akan menganalisis dan akan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.
kalau dalam Islam pula Rasulullah S.A.W. juga ada mengajar kita akan adab ketika menguap.. antaranya ialah
- Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan ‘Yarhamukallah!’.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.
Wallahu a’lam
credit to : berita harian
4 lovers:
tutp mulut ketika menguap lagi sopan kot..hehe
kenala tutup mulut. hee thanks for d info =)
msti kne ttup mlut maa..pnah tgok badak menguap??huishhh...seram..hahahaa..
dh terbiasa tutup mulut pun..kalau x tutup mcm x sopan pulak.huhu
Post a Comment