Showing posts with label cinta hati. Show all posts
Showing posts with label cinta hati. Show all posts

Monday, March 18, 2013

the only me... (^_^)

Assalamualaikum..



alamak idea semakin kering nk menulis blog.. heheh... insyallah ada masa taip banyak2 kt blog kesayangan mala nie. (^_^)
untuk masa sekarang nie just nk mempamerkan muka yg poyo... ;p

Thursday, January 17, 2013

#22 spontaneous thursday - Cinta

Assalamualaikum...

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan Kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindui dan cemburu" 

Thursday, December 27, 2012

Lipstik Collagen terbaik..!!! (^_^)

Assalamualaikum..

Lipstik Collagen mesti ramai yang dah taw kan pasal lipstik collagen nie.. cuma mala jia terlambat taw.. heheh.. lipstik collagen dari D'Herbs nie memang best sebab pakai mulut rasa lembab sentiasa taw.. lagi satu lipstik nie memang wangi sebab lipstik nie bau strawberi.. wah memang menepati citarasa mala.. yang bestnya lipstik nie encik abang belanja.. heheh. suka2. mekasih la cinta hati .. encik abg memang suka tgk bibir merah mak ngah nie.. heheh.. (^_^)



Wednesday, December 5, 2012

#23 - wordless wednesday - only you

Assalamualaikum..


(^_^)

p/s: Wordless Wednesday : Pada hari Rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa huraian untuk  gambar tersebut, biar gambar tersebut yang menceritakan segalanya…

Saturday, September 22, 2012

Kepercayaan dalam perhubungan.. perlu ke...???


Assalamualaikum..



percaya kat dalam perhubungan.. perluke kita nk percayakan orang yg kita sayang..??? mestila perlu kalau x buat apa jalinkan hubungan kalau xde sikap asling mempercayai antara satu sama laen. ye ke tidak..??? heheh.. walaupun kita tau nk percaya seseorang 2 xla mudah kan, lagi2 kalau kita baru mengenali seseorang tu secara tak langsung tentu kita akan ada perasaan sangsi dengan orang yang kita kenal.. sedangkan orang yg kita dah lama kenal pon kita masih sangsi kat dye.. sebgai contoh kita dah lama kenal si Dia tp sampai sekarang bila kita tanya dye kat mane mesti kita akan terasa betol ke apa yg dye ckp, hurm tipu la kalau kamu sume xde pikir cam2.. heheh skurang2nya sikit pon msti ada. :) perempuan kan.. hehehhe.. sebenarnya xmudah nk percaya tp xpe jom tengok faktor-faktor yg boleh menimbulkan kepercayaan.. (^_^)


Faktor 1 - Konsisten

Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh  menjerat kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye? rasa2nya mesti la hubungan yg kamu bina nie kekal ke akhir hayat ye tak..?? so apa lagi percaya la teman kamu tu.. :)

(^_^)\/

sumber google..



Thursday, September 20, 2012

#21 spontaneous thursday - Mulut orang

Assalamualaikum..

"Aku nak sangat tengok korang PUTUS...!!!"

P/s : sape x terasa kalau orang yg kita kenal sebagai kawan mendoakan kita PUTUS, salah ke kalau aku nk BAHAGIA....... Ya Allah aku terima kalau DIA bukan JODOH aku... (T_T)



Monday, October 10, 2011

Mood hilang entah kemana...

Assalamualaikum

pic dari google

kelakar jugak perangai aku time mood hilang entah kemana tapi bile ape yg kita nak orang xbagi memang akan jadi camnie la aku kan.. xpayah nak kata aku ngada2 ke apa sebab memang lumrah wanita nak perhatian yang lebih bile xdapat penuhi keinginan kita atau kurang bagi perhatian macam nie la akan jadi tetiba MOOD hilang kan..  pastu bukan nya pasal benda besar kadang2 boleh jadi benda kecik jia pon dah ngada2 nak majuk pastu MOOD hilang..

hah memang padan la muka si Dia bile aku dah xde MOOD.. ape yg dye nk bg MCD ke KFC ke PIZZA ke memang aku xnk la better makan kt umah masak sendiri lagi sedap.. padahal dalam hati nak KFC,MCD,PIZZA.. tapi kalo ego tu tinggi sanggat memang sume tu pandang sebelah mata pon xnak la.. actually aku xla ngada2 tp bile sampai satu tahap aku xdapat sabar memang time 2 MOOD aku pon hilang memang kesian la kt sape yg ade dengan aku tu. sebb ape yg berlaku time tu aku akan buat bodoh jia. 

even ko datang dari jauh nk jumpa aku memang xkan la aku layan ko dengan baek sebb MOOD aku memang xde.. yg ada dalam otak aku time tu nak balik umah masuk bilik aku pastu TIDO.. hahahah baru hilang masalah aku.. kadang2 terpikir gak melampau sgt ke aku sampai Si Dia datang tempat keje nak bawak aku makan, tapi aku xlayan.. hahah memang naseb dye la dapat layanan buruk dari aku sebb MOOD aku memang xde kan.. sorry la ye.. padahal dalam hati padan muka sape suruh buat MOOD aku blah camtu jia.. 

harap anak2 aku nnty xmewarisi la perangai aku yg super buruk nie kan.. sebab bukan boleh memperbaik kan keadaan tpi MEMBURUKKAN keadaan.. macam kelakar plak perangai aku camnie. aku sendiri pon PELIK nk buat camne kan. hehehe.. 

SORRY YE..!!!

*entry luahan perasaan yg OVER.. hehehe

Thursday, September 15, 2011

#13 spontaneous thursday - Quotes

Assalamualaikum..

ALL I want is for someone to hold me and to tell me that everything is going to be alright

credit to : touchingquotes

Friday, August 19, 2011

Malunya tp suka... (^_^)

Assalamualaikum..

pic by google

korang mesti pelik nape aku malu tp suka.. huhuuh.. bukan ape td mr.ehem2 ajak berbuka kat rumah dye.. and aku sumpah segan giler sbb aku rehat satu jam jia so xdpt nk tolong mak dye masak sume.. xkan la aku dtg nk bawak badan jia kowt.. tapi aku macam kesian kat mr.ehem2 nie sbb aku dah janji nk berbuka kat rumah dye..xkan la kita nak hampakan orang yg kita sayang kan.. am i'm rite?? :)

then aku pown terpaksa buat muka tebal 100 incin semata2 nak pegi berbuka kat rumah mr.ehem2 nie.. segan giler time sampai rumah dye.. yang lagi segan aku sampai-sampai jia terus azan.. huwah malunya.. aku gerak awal pada tempat keje semata2 nak sampai awal rumah dye tapi apakan daya jem yang teruk.. naseb aku dapat sampai time2 nak buka kalo dah buka lagi xsopan kan..

yang sukanya sebab mak dye masak ketam...!!! aku lama xmkan ketam.. wah sedap2..rasa xnak balik plak.. nak mkan bagi abes.. heheh.. pape pon aku rasa best sebb dapat berbuka ngan family dye even aku xdapat tolong pape.. hikhi.. Insyallah aku berbuka lagi ngn family mr.ehem2 lagi nanty.. lepas nie aku akan prepair awal2 nak datang pukul brape sume.. tapi time aku cuti la dapat tolong mak dye masak2.. 

*nanty aku update entry pasal NISA KAY bagi kat raya kat aku.. seronok giler...!!!!

Thursday, August 18, 2011

#10 spontaneous thursday

Assalamualaikum..

cinta sukar utk diungkapkan??? (^_^)

Wednesday, August 3, 2011

Day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda

Assalamualaikum..

sumber: pakcik google..

Tarikh penting dalam hidup mala yg mala akan ingt adalh tarikh lahir sume ahli family mala...
ok family mala ade 8 campur mak abah 10 la kan.. jom mala bgtaw.. hehe

firstly 
abah - 30 oct 1955
mak - 19 Jun  1954
along - 27 April  *
angah  -19 - Oct *
alang - 18 May *
k.ila - 15 May *
Ija - 10 Julai 1986
aboy - 3 Feb 1988
me - 10 April 1989
amir - 1 Disc 1992

* aku xongt thon berapa.. hahaha.. janji ingt tarikh kan.. hehehhe...

hah ade satu lagi yg aku xlupa.. hehehe mestila bufday Mr.ehem2 aku.. 

20 August 1989
& 
 13.12. 2010 
*tarikh dye lamar aku jadi awek dye.. nk taw x ape ayat dye ckp kt aku  masa 2... dye kata camni " mala jom jadi awek aku nak?" lawak kan. aku plak ingt dye maen2 pastu aku ckp la "XNK!!! ko dh gemuk" hahahha sian dye.. last couple gak.. heheh.. moga2 berkekalan.. Amin.. (^_^)



#10 - wordless wednesday - love

Assalamualaikum..




p/s: Wordless Wednesday : Pada hari Rabu, blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa huraian untuk  gambar tersebut, biar gambar tersebut yang menceritakan segalanya…

Friday, June 10, 2011

jangan tinggalkan daku.... ;(

Assalamualaikum...

pic xde motif.. :)

kenapa, mengapa, owh tidak.. aku ditinggalkan.. hukhuk.. sday2.. bukan ape aku kena tinggal ngan mr.ehem2 tp bukan ditinggalkan cume si dia pulang ke kampung sebab ade kenduri.. .. rasa cam berpisah lama plak.. padahal smalam baru jumpa.. bukan lama pon mr.ehem2 pegi 2 hari jia tp rasa cam dua tahun.. hukhuk... cepatla pulang ye.. padahal baru bertolak tadi.. heheheeh.. ngada2 btol la.. xpe2 slama 2 hari mr.ehem2 xde ape lagi jom kita enjoy..

 mula2 jia sday skang dah happy... bukan ape dah lama xlepak ngan kawan2 sebab membusy kan diri bersama mr.ehem2 sampai xsempat bertemu ngan kengkawan...haruslah aku bertemu kawan2 yg dah lama xjumpa.. yeahhh enjoy time tp duet xde.. huwahh... xpe2 try berjimat.. heheheh... mari2 kita Enjoy...!!!

p/s: mr.ehem2 jangan gatal2 kat sane ye.. ahhahaha.. aku xpe la gatal... wink..wink.. (^_^)

Saturday, June 4, 2011

terima kasih Mr.ehem2.. :)

Assalamualaikum,..



bile tengah bosan xde keje nak buat tetiba ade orang hantar kek and makanan untuk kita mesti terharu giler kan.. pastu sanggup datang tempat keje semata-mata nak bagi makanan.. hehehe.. bukan ape tp aku terharu sbb mr.ehem2 saya baek sangat bawak makanan utk saya.. pas2 yang xtahan siap beli kek plak 2.,... kek biasa jia tp sedap gak la kan sebb kek 2 kek cheese yang favrot aku 2.. 

mekasih la mr.ehem2.. i really appreciate ape yang kamu bagi.. heheh... nek tengok x kek ape dye bagi??? mengada2 jia nak tunjuk kan tp peduli ape aku blog aku suka aku la,.. heheheh..
jom tengok...
"
"
"
"
"




yang kiri skali 2 kek cheese sedap giler kowt.. yang tengah 2 xbrape sedap la kek blueberry, rasa blueberry dye kurang ckit.. yang hujung blah kanan plak kek coklat.. sedap.. sedap.. heheheh... mr.ehem2 aku beli kt abg yang jual kek kiranya dye jual satu kotak ade 3 kek dye kira 5 ringgit.. dowang nie macam usahawan kecil-kecilan sbb banyak gak jenis2 kek lain yang dorang buat.. tp yang dpt menambat hati aku kek Cheese.. sedap taw.. hehehhe...nak rasa datang warta kt bangi.. dorang jual btol2 kt pintu masuk warta bangi 2.. :)

thanks for reading...

Thursday, May 19, 2011

bila kepercyaan kita di pertikaikan...

Assalamualaikum...


penting ke kepercayaan tu??? hurm mestila penting rite coz dgn kepercayaan la hubungan yang dibina akan kekal lame apabila saling mempercayai antara satu sama laen.. tp mcm mane kalo kepercayaan tu dipertikaikan... mesti la hubungan korang akan retak atau berlaku salah paham antara korang kan..dalam perhubungan nie kepercayaan tu penting sbb bukan setiap masa kita bersama dengan dye kan  so xsemestinya dye taw ape yang kita buat kita kluar ngan sape.. kalo kita xmesej dye msti dye ingt kita lupa dye or xamek berat pasal dye. mesti korang rasa sebesalah apabila si dye pertikaikan kenapa kita xpernah amek berat pasal dye.. tapi perlu ke kita always text dye utk ingtkn dye bhwa kita syg dye??? i think kita xperlula nk cakp sumenya kt dye kan tp cukupla dye taw kita syg dye n dye percayakn kita.. kadang2 rasa cam nk nages jia bile si dye kata dye xpercaya kt kita kan????



kadang2 tu kita yg perempuan nie mcm redha jia kalo si dia ckp x caye kt kita kan.. mcm mane kalo si dye mula xpercayekan kita? adakah hubungn 2 dh mula retak or si dye dh bosan ngn kita??? susah kan kalo kita jia kena pkr pasal orang and diri kita sendiri xde orang pikir.. ok fine kepercayaan tu ibarat benda yang wajib ada dalam perhubungan jadi bg lelaki jgn nak pertikaikan kepercayaan kt perempuan sbb perempuan hanya setia kepada seorang lelaki sahaja.. kadang2 lelaki kena paham perempuan 2 if dye keje pikirla dye bz ke ape ke.. jangan men tuduh melulu jia k.. entry kali nie just utk saling berkongsi pendapat jia taw.. jangan salah paham plak.. :)