Saturday, July 23, 2011

Pertengkaran perlu @ wajib???

Assalamualaikum....

sumber pakcik google

ok kali nie nk tukar la panggilan nama aku kt dalam blog nie sbb mcm xsopan plak nk bahasa kan diri sebagai 'aku' .. aku akan bahasakan siri aku 'mala' hah kan elok panggil nama sendiri kan.. yela penat2 parents kita pkir nama utk anak dye tp kita plak xguna kan nama yg diberi 2.. hehehe

ok berbalik kt tajuk asal.. korang rasa pertengkaran 2 perlu ke dalam setiap perhubungan? xkesah la time couple ke time dalam rumah tangga ke. mala rasa pertengkaran nie mesti perlu kan sbb kadang2 pertengkaran niela yg akan mengeratkan lagi perhubungan korang kan.. bukan ape tp td aku terbaca pasal isu pertengkaran pastu aku ade baca tips2 nak elakkan pertengkaran 2 dari jadi buruk.. jom baca tips yg aku baca td.. (^_^)


Elak bercakap panjang
Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
Tiada dendam dalam percintaan
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.
Jangan mencari kelemahan pasangan
Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.
Jangan melibatkan hal lain
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.
Jangan bertindak secara fizikal
“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.
Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.
Usah menjauhkan diri
Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

sumber : tentang cinta


3 lovers:

misscha said...

pertengkaran itu wajib...huhu..perempuan kena byk sabar yer....jgn cabar mencabar...

DILEMA WANITA said...

wajib...penyeri kehidupan sebenarnye... =p

a said...

asam dan garam =)